Perunding Perkahwinan & Butik Pengantin

Juga dikenali sebagai Andaman Qaseh D' Kalbu ; Pertanyaan/ Tempahan sila hubungi : 0126952940 / 0126850834

Isnin, 8 Julai 2013

Roti John Sardin

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • Roti John (ikut bilangan keluarga) - jika 5 orang 5 buku roti
  • Sardin tin kecil
  • *1 biji bawang besar potong dadu
  • *1 biji bawang putih dicincang.
  • *lada merah buang biji dan cincang dadu.
  • 1camb kicap pekat manis (saya guna cap kipas udang)
  • 1/2 biji limau kasturi (perah ambil airnya.)
  • Garam dan gula jika suka.
  • kobis hiris halus & timun potong nipis / salad jika suka.
  • mayonis dan sos secukupnya.
  • Serbuk lada hitam jika suka
  • Sos lada hitam jika suka.
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Telur secukupnya ~ 5 @ 6 bji di kocok sedikit
  • sedikit mejerin

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * sehinbgga wangi .
  2. Masukkan sardin, kicap, lada cincang, perahan limau kasturi, garam dan gula jika suka. Kacau rata dan hancurkan sardin macam nak buat sandwic.
  3. Angkat dan masukkan telur yang telah dikocok tadi gaul rata.
  4. Roti John dibelah dua tanpa putus.
  5. Dalam kuali lain (seeloknya kuali non stik dan leper cam nak buat roti jala) panaskan dan bubuh sesudu majerin ratakan atas kuali.
  6. Tuangkan bancuhan sardin tadi rata lebih kurang dua sudu besar ratakan saiz roti john.
  7. Tekapkan ke atas telur tadi segera (api sederhana )
  8. Terbalikkan dan angkat.Seterusnye step yang sama sehingga habis roti dan bancuhan telur ikut permintaan.
  9. Seperti biasa masukkan kobis cincang, timun @ salad dan picitkan sedikit sos cili @ sos lada hitam, mayonis. Tutup tangkup roti John dan boleh di makan segera..emmm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Singgah Di Teratak Kami

Bandar Country Homes, Rawang, Selangor. (Berdekatan dengan AEON Rawang) Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut/ tempahan: 0126850834 (Myra) / 0126952940 (Ila)

Tempahan & Pertanyaan

Alamat Email:
Nama:
Pertanyaan
Pilihan Pakej

Get your own free form like this one.

Cari Kami di


Hubungi kami; H/P:0126850834 (Myra) / 0126952940 (Ila)
Waktu Perniagaan: Selasa - Ahad (Sila buat temujanji sebelum datang)

KENAPA TEMUJANJI??

Tempahan untuk tahun 2013 sudah mula diterima dan kepada yg telah membuat temujanji tu kami alu-alukan kedatangan anda.

Kenapa kami menggalakkan temujanji?

Ya kerana kami mahu memberikan perkhidmatan kelas 1 kepada anda dan ianya sudah tentu dengan bermulanya dgn pertemuan pertama....

Kami sering menerima kehadiran pasangan dan ada yang membawa keluarga lebih dari satu pada suatu2 masa.Oleh itu pasangan yang kedua terpaksa menunggu agak lama untuk kami layan.

jadi penyelesaian mudah ialah dengan temujanji,anda pasti selesa dan lebih masa dpt diluangkan antara anda dan kami bukan..?

So jgn lupa yer telefon dulu untuk pertemuan pertama anda ye... layanan dan perbincangan terbaik akan tetap kami berikan juga kepada pasangan yang datang tanpa temujanji, cuma anda terpaksa memberikan sendikit masa untuk kami berbincang dengan yang telah membuat temujanji awal....

Kesimpulannya..hubungilah kami dan datang yer jgn tak datang....

Powered By Blogger

Hiburan Pun Ade...