Assalamualaikum..
Alhamdulillah..bertemu lagi kita semua di bulan yang mulia...BULAN RAMADHAN..
Dah lama tak update blog sebab terlalu sibuk dengan tempahan yang semakin tak menang tangan dari Shah alam, Klang, Sg.Buloh, Kundang, Kuang, Kuala Selangor, Kuala Lumpur sehingga ke Nilai.
Alhamdulillah.. rezeki Allah S.W.T buat hamba-Nya yang sabar.
Untuk kali ni, sy nak berkongsi resepi Ramadhan. Bila tiba bulan puasa ni, kebanyakkan dari surirumah ni pening kepala nak cari resepi untuk berbuka dan bersahur. Mari sini sy cuba memudahkan keadaan dengan berkongsi sedikit resepi dengan anda. Sy ni bukan pandai sgt masak.. Tapi kebolehan yang di kurniakan Allah S.W.T tu kadang-kadang menjadi juga walau baru pertama kali mencuba..
Anda pun..Selamat Mencuba...
1. Madeleines
Bahan-bahan ( 2 loyang )
- 7 tbsp (100gm) butter tanpa garam
- 5 biji telor yang besar
- 1/2 cup (115gm) + 3 tbsp gula
- 1 1/4 cup (140gm) tepung gandum, diayak
- 1 tsp baking powder
- secubit garam
- sedikit parutan dari kulit lemon
Cara-cara
-
Dalam periuk yang kecil, cairkan butter tanpa garam diatas api yang kecil hingga menjadi keperang-perangan.
-
Sejukkan seketika dan tapis butter dalam mangkuk yang lain.
-
Pukul telor dan gula hingga gebu. Masukkan pula butter, gaul hingga sebati.
-
Masukkan tepung yang telah diayak, baking powder dan
garam. Kaup balikkan dengan menggunakan spatula pada satu arah.
-
Taburkan parutan kulit lemon & kaup balik lagi.
-
Masukkan adunan ini kedalam paiping beg dengan 1/4" nozzle plain.
-
Sejukkan didalam peti sejuk selama lebih kurang 2 jam atau semalaman.
-
Bila sedia untuk membuatnya, panaskan oven pada suhu 190dC.
-
Paipkan adunan kedalanm loyang madeleines hingga 3/4 penuh.
-
Bakar selama 12min atau hingga perang.
-
Sejukkan Madeleines dan simpan dalam bekas kedap udara.
2. Makaroni Bakar
Bahan-bahan ( 2 loyang sederhana besar )
- Bahan A:
1. Makaroni 1 paket kecil (sanremo)
- Bahan B:
1. Daging 1/2 kilo (dikisar)
2. Bawang merah 6 ulas
3. Bawang putih 2 ulas
4. Bawang besar 1 biji (dadukan)
5. Sedikit ciliboh
6. Sos kicap, sos tomato, serbuk perasa garam dan gula
7. Sedikit minyak untuk menumis
- Bahan C
1. Lada merah 2 biji (dadukan)
2. Lada hijau 2 biji (dadukan)
3. Daun sup (dihiris halus)
4. Telur 10 biji (dikepuk)
5. Susu cair 1 tin
6. Bawang goreng
Cara-cara
-
Bahan A di rebus sehingga masak. Masukkan sedikit garam
dan minyak semasa merebus utk mengelakkan dari melekat. Sesudah masak
toskan.
-
Tumis bahan B seperti cili boh bawang merah dan putih
sehingga garing. Kemudian masukkan daging yg dikisar, masak sehingga
empuk. Masukkan sos kicap, sos tomato ,gula ,garam dan serbuk perasa.
Kacau sampai sebati.
-
Gaulkan bahan A dan Bahan B didalam mangkuk besar.
Masukkan bahan C seperti bawang goreng, lada merah, lada hijau, dan daun
sup. Gaul sampai rata.
-
Kepuk telur dan campurkan dengan susu cair. Kemudian
ambil loyang, masukkan adunan makaroni tadi dan siramkan dengan campuran
telur dan susu cair.
-
Bakar adunan makaroni selama sejam dengan suhu 160 celcius. Tutup permukaan dengan aluminium foil.
3. Puding Permata berkuah
Bahan-bahan ( 2 loyang sederhana besar. )
- Bahan A
- Sepeket agar (agar2 yg rebus tu ler)
- 5 cawan air
- 1 cawan gula
- sehelai daun pandan
- Berberapa pewarna yg disukai
- Bahan B
- 2 sudu tepung kastard
- 2 biji telur kuning sahaja
- 1/2 sudu kecil esen vanilla
- 2 cawan susu (fresh milk) /santan
- kismis/ fruits cocktail
- Bahan C
- 2 biji putih telur
- setitik esen vanila
- Bahan D (kuah)
- 4 biji Pisang (tak kisah aper)
- 1.5 cawan gula
- 1 tin susu ideal (susu cair)
- 1 cawan air
Cara-cara
-
Rebus bahan A (kecuali pewarna) dan bahan D (kecuali
susu ideal dgn api perlahan) dlm periuk berasingan.(dinamakan periuk *
dan periuk **)
-
Pukul kesemua bahan B (kecuali kismis) dlm bekas lain, hingga sebati.
-
Sementara itu pukul bahan C dlm bekas lain sampai kembang sekembangnya...mcm nak buat meringue (betul ke eja)
-
Bila bahan A dah cair sepenuhnya, ambik 2 senduk bubuh
dlm pinggan leper dan bubuh color, spt gambar . simpan sejuk.
-
Tapis dan masukkan bahan B dan kismis kedalam periuk *, kacau rata.
-
Masukkan pula bahan C kedalam periuk * di atas api. Kacau dlm 5 minit sampai semua bergaul dan mengelegak.
-
Tuang bahan dlm periuk * kedalam bekas puding, 2 senduk
(satu layer) Then, agar2 yg berwarna dibeku tadi potong dadu kecik2.
then taburkan pada atas layer tadi. Lapis lagi dgn adunan dlm periuk*
dan tabur lagi.sehingga penuh. simpan sejuk.
-
cara2 untuk kuah - periuk ** masukkan susu ideal dan
secawan air kacau sampai mendidih, jgn tinggal takut hangit. boley
tambah susu satu tin lagi bagi yg suka byk kuah. rasa kemanisannye,
kurang boley tambah lagi gula, kalau manis tambah air lagi.
-
selamat mencuba