Perunding Perkahwinan & Butik Pengantin

Juga dikenali sebagai Andaman Qaseh D' Kalbu ; Pertanyaan/ Tempahan sila hubungi : 0126952940 / 0126850834

Isnin, 8 Julai 2013

nasi dagang spesial

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga )

  • 2 cawan beras pulut .
  • 4 cawan beras biasa
  • 3 cawan santan pekat
  • 4 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1s/b halba
  • ****gulai ikan tongkol****
  • 2 ekor ikan tongkol
  • 6 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 10 biji cili kering
  • 2 inci halia
  • 4 inci lengkuas
  • 1 peket serbuk kari babas
  • 3 cawan santan
  • 2 keping asam keping

Cara-cara

  1. campurkan beras pulut ngan beras biasa. cuci beras tadi sampai bersih dan rendamkan sekurang-kurangnya semalaman
  2. panaskan kukusan. kukus selama 5 minit. kemudian angkat dan gaulkan dengan sdkit santan +sdkit bawang merah+sdikit halia dan sdikit halba
  3. kukus semula dan ulang sampai 3 kali sampai nasi betul lembut
  4. sedia di hidang
  5. cara utk gulai ikan tongkol:mula2 ikan tongkol di rebus dahulu.blend bawang merah+bawang putih+cili kering+halia+lengkuas
  6. kemudian masukkan serbuk kari biarkan pecah minyak baru masukkan santan.biarkan mendidih
  7. masukkan ikan dan asam keping dan garam secukup rasa.kacau sehingga betul2 masak.

kaswi gandum

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga )

  • bahan sirap *
  • 5 cawan air *
  • 1 cawan gula merah *
  • 1 cawan gula pasir *
  • bahan kueh
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi/jagung
  • 1 sudu kecil air kapur

Cara-cara

  1. masak semua bahan sirap @ bertanda * hingga gula larut tapis dan sejukkan
  2. blend semua bahan ,masukkan dalam loyang dan kukus 30 minit
  3. kelapa di gaul dengan garam dan lumurkan kueh yang telah di potong bersama kelapa tadi

Roti John Sardin

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • Roti John (ikut bilangan keluarga) - jika 5 orang 5 buku roti
  • Sardin tin kecil
  • *1 biji bawang besar potong dadu
  • *1 biji bawang putih dicincang.
  • *lada merah buang biji dan cincang dadu.
  • 1camb kicap pekat manis (saya guna cap kipas udang)
  • 1/2 biji limau kasturi (perah ambil airnya.)
  • Garam dan gula jika suka.
  • kobis hiris halus & timun potong nipis / salad jika suka.
  • mayonis dan sos secukupnya.
  • Serbuk lada hitam jika suka
  • Sos lada hitam jika suka.
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Telur secukupnya ~ 5 @ 6 bji di kocok sedikit
  • sedikit mejerin

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * sehinbgga wangi .
  2. Masukkan sardin, kicap, lada cincang, perahan limau kasturi, garam dan gula jika suka. Kacau rata dan hancurkan sardin macam nak buat sandwic.
  3. Angkat dan masukkan telur yang telah dikocok tadi gaul rata.
  4. Roti John dibelah dua tanpa putus.
  5. Dalam kuali lain (seeloknya kuali non stik dan leper cam nak buat roti jala) panaskan dan bubuh sesudu majerin ratakan atas kuali.
  6. Tuangkan bancuhan sardin tadi rata lebih kurang dua sudu besar ratakan saiz roti john.
  7. Tekapkan ke atas telur tadi segera (api sederhana )
  8. Terbalikkan dan angkat.Seterusnye step yang sama sehingga habis roti dan bancuhan telur ikut permintaan.
  9. Seperti biasa masukkan kobis cincang, timun @ salad dan picitkan sedikit sos cili @ sos lada hitam, mayonis. Tutup tangkup roti John dan boleh di makan segera..emmm.

Ayam Masak Merah Simple

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 8 ketul ayam dibersihkan dan diperap dgn serbuk kunyit dan garam
  • 4 biji bawang kecil + 5 biji bawang putih + 1/2 - 1 inci halia (dikisar halus)
  • 2-3 sudu makan cili boh
  • 1/2 botol sos cili
  • Bawang besar di potong bulat
  • Sedikit air
  • Gula dan garam
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara

  1. Ayam digoreng separuh masak.
  2. Ketepikan lebihan minyak dan guna kan 1-2 senduk minyak masak. Tumis bhn kisar sehingga naik bau
  3. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak
  4. Masukkan sos cili.Jika terlalu kering, masukkan air.Biar hingga mendidih.
  5. Masukkan ayam goreng dan bawang besar yg dipotong bulat. Gaul rata.
  6. Siap dihidangkan

Kerabu nangka

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 500 gm nangka muda (rebus empuk)
  • 150 gm santan pekat
  • 2 biji bawang besar*
  • 100 gm bawang kecil*
  • 5 biji cili merah*
  • 3 biji cili hijau*
  • 2 batang serai*
  • 100 gm kerisik
  • 2 sudu besar air limau nipis

Cara-cara

  1. nangka yg telah direbus...dipotong2 halus...dan masukkan kedalam mangkuk
  2. bahan2 bertanda* di hiris2 halus...dan masukkan kedalam mangkuk yg berisi nangka tadi
  3. akhir sekali masukkan santan, kerisik dan garam. gaul sebati...kalau rasa kerisik tu kurang..boleh di tambah lagi....kalau nak tambah letak jantung pisang yg direbus pun sedap jugak.

Ayam goreng berempah

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 1 ekor ayam..
  • 1 labu bawang putih
  • 1 bungkus ketumbar yg RM0.50
  • 1/2 bungkus cintan putih
  • 4 inci halia
  • garam dan ajinomoto secukupnya
  • kunyit hidup

Cara-cara

Tumbuk semua bahan sampai lumat....kemudian gaul dan perap ayam selama 1 jam...setelah satu jam bolehlah digoreng sehingga masak...dan dihidang..selamat mencuba..

Chicken Paprika With Sour Cream

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • 10 sudu besar Xtra virgin olive oil
  • 1 ekor ayam potong 8
  • 2 ulas bawang merah (cincang)
  • 1 batang lobak merah (dadu)
  • 2 batang celeri (cincang)
  • 1 cawan stok ayam
  • 2 sudu besar paprika
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan sour cream
  • Sedikit daun bawang dan parsley yang dicincang
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • Sedikit cili merah dan cili hijau (potong bulat)
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam casserol.Periuk biasa pun boleh tapi yang tak melekat.Lumurkan ayam dengan kunyit.
  2. Saute kan ayam hingga kekuningan.Angkat ayam dan ketepikan.
  3. Dengan menggunakan baki minyak yang sama, tumiskan bawang,lobak merah dan caleri.Masak hingga layu.
  4. Masukkan stok ayam dan ayam yang telah di sautekan tadi.Tambahkan paprika dan garam.Biarkan mendidih dan ayam empuk.
  5. Bila ayam sudah empuk asingkan ayam dari kuahnya.Masukkan ayam dalam pinggan hidang.
  6. Dengan menggunakan kuah yang tertinggal tadi,masukkan sour cream ke dalamnya.Kacaukan atas api sederhana.Masukkan cili merah dan cili hijau.Masukkan juga bawang besar, parsley dan daun bawang.Kacau hingga pekat.Tuangkan di atas ayam.sedia utk hidang panas-panas.

Opor Nangka

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 1/2 biji nangka muda - direbus empuk
  • 2 biji bwg besar *
  • 4 ulas bwg putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 2 - 3 btg serai *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • Segenggam ikan bilis atau udang kering - direndam *
  • 1 sudu mkn cili kisar *
  • 2 sudu mkn serbuk ketumbar - disangar
  • 1 sudu mkn serbuk jintan manis - disangar
  • Sedikit belacan*
  • 2 - 3 sudu mkn kerisik
  • 200 ml santan kara
  • Sehelai daun kunyit
  • Minyak utk menumis,garam dan sedikit gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk,tumiskan bhn2kisar*,daun kunyit hngga wangi,masukkan pula serbuk ketumbar/jintan kacau hingga wangi lg dan msk sekata.
  2. Masukkan pula santan kacau dan tambahkn air agak2 pekatnya dlm 1 - 2 cawan,kacau rata dan masukkan kerisik kacau hingga mendidih sedikit lalu masukkan nangka yg tlh direbus,garam dan sedikit gula secukup rasa danbiar masak hingga sebati dan mendidih sambil dikacau perlahan,Awass...jgn smpi pecah santan.
  3. Opor nangka ini sedap dimakan dgn nasi putih bersama ikan sepat masin,mmm...sedaapp..

Macaroni Soup

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • 500 gm macaroni-di rebus dn toskn
  • 1 pkt fish ball
  • 1 botol sos PREIGO atau jenama lain khas utk pasta
  • 1 kiub KNORR
  • 1 senduk bwg merah yg tlh di kisar dgn 2 ulas bwg putih
  • Sedikit minyak utk menumis
  • 1.5 liter air

Cara-cara

  1. Panaskn minyak dlm periuk tumis bhn kisar hngga wangi,masukkan kiub CKN KNORR dn masukkan sos PREIGO lalu kacau dn masukkan air.
  2. Masukkan pula fish ball dn msk hngga mendidih,tak perlu bubuh garam krna sos dan kiub dah ada perasa. Kuahnye mmg agak cair dn rasanya masam2 manis.
  3. Masukkan macaroni dlm mangkuk dn bubuh kuah dn KENTANG BALL.jika suka taburkn daun sop dn bwg goreng utk hiasan.
  4. Sop ini boleh di mkn begitu saja dgn KENTANG BALL tanpa macaroni.Cubalah...!

Masak Lemak Cili Api Ikan Kurau Masin Dgn Nenas

Bahan-bahan ( 4 org )

  • Ikan Kurau Masin 7 ketul (boleh juga ikan sepat)
  • Nenas Sedang 1 biji
  • Santan dari perahan satu biji kelapa
  • Cili Api ditumbuk lumat
  • Kunyit 1 inci ditumbuk

Cara-cara

  1. Cuci dan toskan ikan kurau. Boleh juga kalau nak guna ikan sepat.
  2. Nenas dibuang kulit dan dipotong mengikut citarasa sendiri. Nenas jgn terlalu masak dan tidak terlalu muda...Rebus seketika nenas tersebut (5 min pun ok)
  3. Satukan ikan, nenas, cili , kunyit dan santan di dalam satu periuk. Masak dgn api yg perlahan.
  4. Biarkan mendidih, kacau selalu supaya tak pecah minyak. Biasanya kalau masak ikan masin ni takyah letak garam.... apa2pun rasa dulu kalau tak cukup tambah garam

Salam Ramadhan Al-Mubarak - Resepi Kuih Muih

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..bertemu lagi kita semua di bulan yang mulia...BULAN RAMADHAN..
Dah lama tak update blog sebab terlalu sibuk dengan tempahan yang semakin tak menang tangan dari Shah alam, Klang, Sg.Buloh, Kundang, Kuang, Kuala Selangor, Kuala Lumpur sehingga ke Nilai.
Alhamdulillah.. rezeki Allah S.W.T buat hamba-Nya yang sabar.

Untuk kali ni, sy nak berkongsi resepi Ramadhan. Bila tiba bulan puasa ni, kebanyakkan dari surirumah ni pening kepala nak cari resepi untuk berbuka dan bersahur. Mari sini sy cuba memudahkan keadaan dengan berkongsi sedikit resepi dengan anda. Sy ni bukan pandai sgt masak.. Tapi kebolehan yang di kurniakan Allah S.W.T tu kadang-kadang menjadi juga walau baru pertama kali mencuba..

Anda pun..Selamat Mencuba...


1. Madeleines 

Bahan-bahan ( 2 loyang )

  • 7 tbsp (100gm) butter tanpa garam
  • 5 biji telor yang besar
  • 1/2 cup (115gm) + 3 tbsp gula
  • 1 1/4 cup (140gm) tepung gandum, diayak
  • 1 tsp baking powder
  • secubit garam
  • sedikit parutan dari kulit lemon

Cara-cara

  1. P1000899_copy
    Dalam periuk yang kecil, cairkan butter tanpa garam diatas api yang kecil hingga menjadi keperang-perangan.
  2. P1000901_copy
    Sejukkan seketika dan tapis butter dalam mangkuk yang lain.
  3. Pukul telor dan gula hingga gebu. Masukkan pula butter, gaul hingga sebati.
  4. P1010007_copy
    Masukkan tepung yang telah diayak, baking powder dan garam. Kaup balikkan dengan menggunakan spatula pada satu arah.
  5. P1010011_copy
    Taburkan parutan kulit lemon & kaup balik lagi.
  6. Masukkan adunan ini kedalam paiping beg dengan 1/4" nozzle plain.
  7. Sejukkan didalam peti sejuk selama lebih kurang 2 jam atau semalaman.
  8. Bila sedia untuk membuatnya, panaskan oven pada suhu 190dC.
  9. P1010013_copy
    Paipkan adunan kedalanm loyang madeleines hingga 3/4 penuh.
  10. Bakar selama 12min atau hingga perang.
  11. Sejukkan Madeleines dan simpan dalam bekas kedap udara.



2. Makaroni Bakar 

Bahan-bahan ( 2 loyang sederhana besar )

  • Bahan A: 1. Makaroni 1 paket kecil (sanremo)
  • Bahan B: 1. Daging 1/2 kilo (dikisar) 2. Bawang merah 6 ulas 3. Bawang putih 2 ulas 4. Bawang besar 1 biji (dadukan) 5. Sedikit ciliboh 6. Sos kicap, sos tomato, serbuk perasa garam dan gula 7. Sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan C 1. Lada merah 2 biji (dadukan) 2. Lada hijau 2 biji (dadukan) 3. Daun sup (dihiris halus) 4. Telur 10 biji (dikepuk) 5. Susu cair 1 tin 6. Bawang goreng

Cara-cara

  1. Bahan A di rebus sehingga masak. Masukkan sedikit garam dan minyak semasa merebus utk mengelakkan dari melekat. Sesudah masak toskan.
  2. Tumis bahan B seperti cili boh bawang merah dan putih sehingga garing. Kemudian masukkan daging yg dikisar, masak sehingga empuk. Masukkan sos kicap, sos tomato ,gula ,garam dan serbuk perasa. Kacau sampai sebati.
  3. Gaulkan bahan A dan Bahan B didalam mangkuk besar. Masukkan bahan C seperti bawang goreng, lada merah, lada hijau, dan daun sup. Gaul sampai rata.
  4. Kepuk telur dan campurkan dengan susu cair. Kemudian ambil loyang, masukkan adunan makaroni tadi dan siramkan dengan campuran telur dan susu cair.
  5. Bakar adunan makaroni selama sejam dengan suhu 160 celcius. Tutup permukaan dengan aluminium foil. 


3. Puding Permata berkuah 

Bahan-bahan ( 2 loyang sederhana besar. )

  • Bahan A
  • Sepeket agar (agar2 yg rebus tu ler)
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • sehelai daun pandan
  • Berberapa pewarna yg disukai
  • Bahan B
  • 2 sudu tepung kastard
  • 2 biji telur kuning sahaja
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 cawan susu (fresh milk) /santan
  • kismis/ fruits cocktail
  • Bahan C
  • 2 biji putih telur
  • setitik esen vanila
  • Bahan D (kuah)
  • 4 biji Pisang (tak kisah aper)
  • 1.5 cawan gula
  • 1 tin susu ideal (susu cair)
  • 1 cawan air

Cara-cara

  1. Rebus bahan A (kecuali pewarna) dan bahan D (kecuali susu ideal dgn api perlahan) dlm periuk berasingan.(dinamakan periuk * dan periuk **)
  2. Pukul kesemua bahan B (kecuali kismis) dlm bekas lain, hingga sebati.
  3. Sementara itu pukul bahan C dlm bekas lain sampai kembang sekembangnya...mcm nak buat meringue (betul ke eja)
  4. Agar2-dah-potong2-dadu-dua-kaler-ni-aje-ade
    Bila bahan A dah cair sepenuhnya, ambik 2 senduk bubuh dlm pinggan leper dan bubuh color, spt gambar . simpan sejuk.
  5. Tapis dan masukkan bahan B dan kismis kedalam periuk *, kacau rata.
  6. Tu-dia-suka-tgk-biler-putih-telur-dah-masuk
    Masukkan pula bahan C kedalam periuk * di atas api. Kacau dlm 5 minit sampai semua bergaul dan mengelegak.
  7. Biler-dah-ditabur
    Tuang bahan dlm periuk * kedalam bekas puding, 2 senduk (satu layer) Then, agar2 yg berwarna dibeku tadi potong dadu kecik2. then taburkan pada atas layer tadi. Lapis lagi dgn adunan dlm periuk* dan tabur lagi.sehingga penuh. simpan sejuk.
  8. cara2 untuk kuah - periuk ** masukkan susu ideal dan secawan air kacau sampai mendidih, jgn tinggal takut hangit. boley tambah susu satu tin lagi bagi yg suka byk kuah. rasa kemanisannye, kurang boley tambah lagi gula, kalau manis tambah air lagi.
  9. selamat mencuba

Pakej Perkahwinan - Rumah

1. Pakej R-Green (RM1400)
- 1 Pasang Baju Sanding (L&P)
- 1 x Solekan & Dandanan
- 1 set Pelamin Biasa
- Aksesori Lengkap
- Pintu Gerbang


2. Pakej R-Purple (RM1600)
- 1 Pasang Baju Sanding (L&P)
- 1 Pasang Baju Persalinan (P)
- 1 x Solekan & Dandanan
- 1 set Pelamin 1 Panel
- Aksesori Lengkap
- Pintu Gerbang
- Bantal nikah


3. Pakej R-Magenta (RM1800)
- 1 Pasang Baju Sanding (L&P)
- 1 Pasang Baju Persalinan (L&P)
- 2 x Solekan & Dandanan
- 1 set Pelamin 1 Panel
- Aksesori Lengkap
- Pintu Gerbang
- Bantal nikah

Jom Singgah Di Teratak Kami

Bandar Country Homes, Rawang, Selangor. (Berdekatan dengan AEON Rawang) Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut/ tempahan: 0126850834 (Myra) / 0126952940 (Ila)

Tempahan & Pertanyaan

Alamat Email:
Nama:
Pertanyaan
Pilihan Pakej

Get your own free form like this one.

Cari Kami di


Hubungi kami; H/P:0126850834 (Myra) / 0126952940 (Ila)
Waktu Perniagaan: Selasa - Ahad (Sila buat temujanji sebelum datang)

KENAPA TEMUJANJI??

Tempahan untuk tahun 2013 sudah mula diterima dan kepada yg telah membuat temujanji tu kami alu-alukan kedatangan anda.

Kenapa kami menggalakkan temujanji?

Ya kerana kami mahu memberikan perkhidmatan kelas 1 kepada anda dan ianya sudah tentu dengan bermulanya dgn pertemuan pertama....

Kami sering menerima kehadiran pasangan dan ada yang membawa keluarga lebih dari satu pada suatu2 masa.Oleh itu pasangan yang kedua terpaksa menunggu agak lama untuk kami layan.

jadi penyelesaian mudah ialah dengan temujanji,anda pasti selesa dan lebih masa dpt diluangkan antara anda dan kami bukan..?

So jgn lupa yer telefon dulu untuk pertemuan pertama anda ye... layanan dan perbincangan terbaik akan tetap kami berikan juga kepada pasangan yang datang tanpa temujanji, cuma anda terpaksa memberikan sendikit masa untuk kami berbincang dengan yang telah membuat temujanji awal....

Kesimpulannya..hubungilah kami dan datang yer jgn tak datang....

Powered By Blogger

Hiburan Pun Ade...